HARAPAN DAN CABARAN PENDIDIK MASA KINI...
HARAPAN..
HARAPAN seorang guru semestinya inginkan anak didikannya menjadi bijak pandai dan seterusnya berjaya pada masa hadapan... Namun harapan itu terletak di dalam hati dan tidak diketahui oleh sesiapapun... Harapan itu ada dalam hati setiap insan bergelar guru.... Setiap harapan pasti disertakan dengan doa-doa..
"Ya Allah permudahkanlah anak didik kami menerima ilmu yang kami sampaikan, jadikan mereka insan yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat"
Tidak pernah rasanya ada seorang guru yang tidak ingin anak didiknya berjaya...
Disebabkan harapan ini tidak dapat dilihat dan doa kami tidak dapat didengari maka tugas guru hanya dilihat sebagai satu kerjaya untuk mendapat gaji bagi orang luar dari bidang keguruan...
ANGGAPAN ORANG LUAR...
1. Kerja guru mudah- pegang kapur cakap dan murid salin nota...
♥ HAKIKATNYA - kalau tidak diajar murid itu menulis pada awalnya, mampukah dia menyalin nota??. Mampukah dia memahami apa yang ditulis???
2. Guru balik awal - pukul 1.30 dah tunggu dalam kereta.... hihi... Memang betul..
♥ HAKIKATNYA - pukul 3 nanti nak pergi ke sekolah lagi untuk selesaikan latihan sukan, pertandingan itu dan ini, hias bilik itu dan ini, siapkan fail yang bertimbun...
Itu belum lagi kerja yang dibawa balik ke rumah...
Harapan kami para guru samalah dengan harapan ibu bapa lain kerana kami juga ibu bapa kepada anak-anak kami....
Jangan lihat kami dari luaran tapi kenali kami, fahami kami dan dekati... Kami manusia biasa seperti anda juga...
Salam sayang...
Guru yang tak sempurna...
Kenangan yang mematangkan....
No comments:
Post a Comment