Friday 8 May 2015

Jom Buat Roti Canai

Lama betul cikgu Yann tak jenguk blog Cikgu Yann...

Hari ni Cikgu Yann tak nak cerita pasal bbm.. Cikgu Yann nak ajak cikgu-cikgu main masak-masak...

Mesti ramai yang suka makan roti canai kan??

Sarapan pagi atau untuk makan malam... Berapa harga sekeping roti canai di tempat anda sekarang??

Rm1-Rm1.50 sudah semestinya... Cuba kita buat sendiri... 1 kg tepung boleh dapat sampai 20 keping... Jimat kan!!!

Sebenarnya cikgu Yann pun tak la pandai sangat buat roti canai ni tapi boleh la sikit-sikit untuk makan sekeluarga...

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
3-5 sudu susu pekat
1 biji telur
2 cawan air (boleh lebihkan sikit)
Secubit garam
planta



Satukan semua bahan uli sampai adunan tak lekat di tangan..
kalau masih melekat tambah tepung lagi..


uli sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih..
lagi lama lagi bagus...

Bentukkan adunan yang dah diuli menjadi bulat-bulat kecil..
sapukan dengan planta atau minyak..

Selepas sejam - 2 jam boleh la mula menebar dan goreng...


SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment