Saturday 23 May 2015

BACKGROUND

Assalamualaikum...

Koleksi "background" dari Cikgu Yann.. Hasil tangan sepenuhnya dari Cikgu Yann dengan bantuan PowerPoint...






















Moga bermanfaat untuk semua...

SALAM SAYANG DARI CIKGU YANN...



Wednesday 20 May 2015

BANNER

Assalamualaikum...

Cikgu Yann nak kongsi "banner" pula malam ni... Cikgu Yann tak pandai sangat nak buat "banner" ni dan tak cantikpun yang Cikgu Yann buat ni...

Cikgu Yann saja-saja nak kongsi... Kalau berkenan ambillah kalau tak, abaikan saja...



Moga bermanfaat..

SALAM SAYANG DARI CIKGU YANN

BBM JIMAT INK

Assalamualaikum...

Adoiii laa... Jenuh nak memblog sekarang ni.. Dengan line yang tersiput-siput dan anakku yang tak mahu berenggang langsung...

Alhamdulillah hari ni cikgu Yann nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu sempena hari guru baru-baru ni...

Untuk pengetahuan cikgu Yann banyak menghasilkan bbm jimat ink untuk kelas cikgu Yann dan cikgu Yann ada kumpulkan semua bbm tu dalam satu cd atau pendrive.. Ramai cikgu yang dah memilikinya.. Mungkin dah lebih 200 unit terjual... Kalau berminat cikgu-cikgu boleh hubungi Cikgu Yann yer...


HADIAH HARI GURU UNTUK CIKGU-CIKGU

Bbm jimat ink (kv kvkk)

Bahagian daun









Bahagian bunga





Bahagian tengah bunga..


 Cikgu-cikgu print setiap bahagian dengan warna yang berlainan mengikut kesukaan cikgu-cikgu, kemudian cantumkan semuanya...

Lebih cantik kalau cikgu-cikgu guna two sheet card... kertas lebih tebal dan warna yang lebih terang... Selamat mencuba... 

Moga bermanfaat..

SALAM SAYANG DARI CIKGU YANN...


Friday 8 May 2015

Jom Buat Roti Canai

Lama betul cikgu Yann tak jenguk blog Cikgu Yann...

Hari ni Cikgu Yann tak nak cerita pasal bbm.. Cikgu Yann nak ajak cikgu-cikgu main masak-masak...

Mesti ramai yang suka makan roti canai kan??

Sarapan pagi atau untuk makan malam... Berapa harga sekeping roti canai di tempat anda sekarang??

Rm1-Rm1.50 sudah semestinya... Cuba kita buat sendiri... 1 kg tepung boleh dapat sampai 20 keping... Jimat kan!!!

Sebenarnya cikgu Yann pun tak la pandai sangat buat roti canai ni tapi boleh la sikit-sikit untuk makan sekeluarga...

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
3-5 sudu susu pekat
1 biji telur
2 cawan air (boleh lebihkan sikit)
Secubit garam
planta



Satukan semua bahan uli sampai adunan tak lekat di tangan..
kalau masih melekat tambah tepung lagi..


uli sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih..
lagi lama lagi bagus...

Bentukkan adunan yang dah diuli menjadi bulat-bulat kecil..
sapukan dengan planta atau minyak..

Selepas sejam - 2 jam boleh la mula menebar dan goreng...


SELAMAT MENCUBA...